(Blog ini dibuat adalah bagi tujuan keperluan kursus teknologi pengajaran untuk memenuhi syarat lulus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sekolah rendah.)
Tuesday, 9 June 2015
Thursday, 4 June 2015
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
Berterusan kearah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara”
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersepadu,demokratik,progresif dan berdisiplin.
Tuesday, 2 June 2015
Kuliah Teknologi Pengajaran..
07:00 - 10:00 malam..
Bilik Tutorial 13,
IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek Negeri Sembilan.
Kuliah yang sangat menarik dan penting untuk ku bawa balik ke kampung halaman untuk diaplikasikan... pengisian yang banyak manfaat nya... walaupun penat, tidak cukup tidur dan exam is just around the corner, ia tidak menghalang ku untuk terus menuntut ilmu di sini sebagai bekalan untuk mendidik anak bangsa... insyaallah..
Untuk puteri-puteri ku dan cinta hatiku, hanya sedikit masa lagi kita perlu berkorban... insyaallah akan mami gunakan sebaik-baiknya masa kita yang terkorban ini agar masa depan kamu terjamin pada masa akan datang.. :)
Mami Rindu Kamu....
Sunday, 31 May 2015
Thursday, 21 May 2015
Salam Jumaat,
Selamat datang penghulu hari, semoga kita semua berada di bawah lindungan barokah Allah SWT..
Di bawah ini saya sertakan persembahan multimedia yang saya buat khas untuk topik pecahan bagi
tahun 2.. Persembahan Multimedia ini dihasilkan sebagai salah satu kerja kursus di IPG kampus
pendidikan teknik dalam Kursus Teknologi Pendidikan..
SHARING IS CARING!!! :)
Persembahan Multimedia - Matematik Topik Pecahan
Selamat datang penghulu hari, semoga kita semua berada di bawah lindungan barokah Allah SWT..
Di bawah ini saya sertakan persembahan multimedia yang saya buat khas untuk topik pecahan bagi
tahun 2.. Persembahan Multimedia ini dihasilkan sebagai salah satu kerja kursus di IPG kampus
pendidikan teknik dalam Kursus Teknologi Pendidikan..
SHARING IS CARING!!! :)
Persembahan Multimedia - Matematik Topik Pecahan
Wednesday, 20 May 2015
Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik
Assalamualaikum semua,
Hari ini saya tengah berkursus di PPD untuk PBPPP.. tengah2 dalam kursus ni rasa mengantuk pula... jadi saya cuba-cuba surfing dan saya telah menemui satu capaian untuk buku pedagogi matematik yang sangat bermanfaat untuk guru-guru matematik d luar sana. di sini saya share link sebagai rujukan .... semoga dapat membantu.... 'SHARING IS CARING' .... :)
Adiyos amigos!!!!
:)
PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Hari ini saya tengah berkursus di PPD untuk PBPPP.. tengah2 dalam kursus ni rasa mengantuk pula... jadi saya cuba-cuba surfing dan saya telah menemui satu capaian untuk buku pedagogi matematik yang sangat bermanfaat untuk guru-guru matematik d luar sana. di sini saya share link sebagai rujukan .... semoga dapat membantu.... 'SHARING IS CARING' .... :)
Adiyos amigos!!!!
:)
PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
Monday, 18 May 2015
Seni Visual Boleh Jadi Bahan Bantu Mengajar
Assalamualaikum...
Link yang sangat memberi manfaat saya kongsi di sini..... :)
Seni Visual Boleh Jadi Bahan Bantu Mengajar
Link yang sangat memberi manfaat saya kongsi di sini..... :)
Seni Visual Boleh Jadi Bahan Bantu Mengajar
Pendekatan & Pedagogi Matematik
assalamualaikum kepada semua warga pendidik,
di sini ada link saya sertakan untuk subjek Pendekatan dan Pedagogi Matematik sebagai rujukan kawan2 guru ataupun bakal menjadi guru matematik pada masa akan dtg... isi nya agak mudah difahami.. semoga membantu... bubye...
Pendekatan dan Pedagogi Matematik
di sini ada link saya sertakan untuk subjek Pendekatan dan Pedagogi Matematik sebagai rujukan kawan2 guru ataupun bakal menjadi guru matematik pada masa akan dtg... isi nya agak mudah difahami.. semoga membantu... bubye...
Pendekatan dan Pedagogi Matematik
Wednesday, 18 February 2015
Assignment (Model Assure)
Dear My Lecturer Puan Noraini,
Di sini saya lampirkan Model Assure saya bagi tajuk Pecahan untuk Tahun 2... Model Assure ini saya hasilkan berdasarkan lampiran A yang Puan sediakan... Terima Kasih...
My Lampiran A (Model ASSURE)
Di sini saya lampirkan Model Assure saya bagi tajuk Pecahan untuk Tahun 2... Model Assure ini saya hasilkan berdasarkan lampiran A yang Puan sediakan... Terima Kasih...
My Lampiran A (Model ASSURE)
Sunday, 8 February 2015
Homework for Today...
Assalamualaikum murid-murid cikgu....
Apa khabar hari ni? di sini cikgu da save link untuk kerja rumah pada hari ini... sila muat turun dan siapkan ya.... sila hantar kpd cikgu setelah siap... gd luck!!!
Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik
Assalamualaikum wbt...
Untuk Warga Pendidik opsyen Matematik, di sini saya kongsikan sedikit dokumen Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 1-6... Semoga memberi manfaat kepada kita semua...
RPT Matematik Tahun 1
Untuk Warga Pendidik opsyen Matematik, di sini saya kongsikan sedikit dokumen Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Tahun 1-6... Semoga memberi manfaat kepada kita semua...
RPT Matematik Tahun 1
Saturday, 7 February 2015
Mari Belajar Model Polya...
Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku How To Solve It yang telah menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual lebih satu juta naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau telah memperkenalkan 4 prinsip dalam penyelesaian masalah matematik.
Prinsip pertama :
Memahami Masalah
Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar soalan-soalan berikut :
Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut ?
Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?
Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?
Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu memahamkan masalah ?
Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?
Prinsip kedua :
Merangka strategi
Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:
Cuba jaya
membuat senarai yang tersusun
mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
menggunakan simetri
menimbangkan kes istimewa
menyelesaikan persamaan
melihat pola
melukis gambar
menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
guna model
bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
guna formula
guna analogi/perbandingan
lakonkan/ujikaji
mempermudahkan masalah
Prinsip ketiga :
Melaksanakan strategi
langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun.
Prinsip keempat :
Menyemak jawapan
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.
Friday, 6 February 2015
Apa itu Matematik
Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab, ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.Ahli matematik mencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta dengan deduksi rapi dari aksiom dandefinisi yang dipilih dengan baik[3].
Terdapat percanggahan pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi, ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4]. Albert Einsteinsebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk kepada realiti"[5].
Dengan penggunaan pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi denganpenemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].
Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalammatematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja, tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui[7].
sumber: Wikipedia Melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)