Friday, 3 March 2017

RUKUN NEGARA


Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.


Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

SUMBER: Wikipedia Ensiklopedia Bebas


Thursday, 2 March 2017

Lembaran Kerja Tahun 6 (Sejarah)
Tajuk: Pembentukan Malaysia.



Nyatakan sebab-sebab Pembentukan Malaysia.
  • ____________________________________________________________
  • ____________________________________________________________
  • ____________________________________________________________
  • ____________________________________________________________
  • ____________________________________________________________

Nyatakan Ahi-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM).
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________

Nyatakan Ahli-ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Cobbold.

  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
  • _________________________
Pembentukan Malaysia

Faktor-faktor Pembentukan Malaysia

  1.  Mengelakkan ancaman dan pengaruh Komunis.
  2.  Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
  3.  Mengembangkan ekonomi.
  4.  Pembelaan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
  5.  Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera.

Jawatankuasa Perundingan  Perpaduan Malaysia (JPPM)

  1. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menerangkan dengan lebih teliti dan secara jelas  akan konsep negara Malaysia kepada rakyat, khususnya rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei.  
  2. Oleh itu, Jawatankuasa tersebut mengambil langkah mengumpul dan membandingkan idea-idea berkaitan dengan struktur pembentukan Malaysia  yang dikumpul. 
  3. Penerangan secara lebih teliti dan diskusi berkaitan dengan struktur Malaysia juga dilakukan lebih kerap supaya rancangan untuk merealisasikan penubuhan Malaysia dapat dicepatkan.

Suruhanjaya Cobbold
  1. Dianggotai oleh  Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai pemimpin, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
  2. untuk mengumpul serta mengenal pasti pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia.

Pengisytiharan Malaysia
  1. Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British , Persekutuan Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Singapura.
  2. Pada 31 Ogos 1963, satu persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia.
  3. Walau bagaimanapun,penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh terseebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. 
  4. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Wednesday, 30 November 2016

Alhamdulillah... 

Akhirnya berpeluang mengenakan "Baju Perisai"...  :) Terima Kasih kepada kedua orang tua ku, adik-beradik dan anak-anak yang sangat memahami... sudah tentu terima kasih ku yang tidak terhingga buat insan teristimewa dalam hidup ini, cinta hati-ku dan sahabat suka duka ku... (Mr Mofaz a.k.a Mr Husband) kerana memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan sepanjang pengajian ku di IPGM Kampus Pendidikan Teknik... Terima Kasih kerana terus bersabar dalam mengambil alih tugas seorang ibu untuk anak-anak nya selama ketiadaan ku di sisi kamu semua... Hanya Allah yang dapat membalas Budi Abang, Mama, Bapa dan adik-beradik semua...  I love you All...


Tuesday, 15 March 2016

PRAKTIKUM oh PRAKTIKUM...

ASSALAMUALAIKUM DUNIA...

Rasanya agak terlalu lama saya tidak update blog ni, lantaran kehidupan seharian mengurus anak-anak comel di rumah, mengurus kerjaya dan paling penting mengurus insan yang tercinta... :) 

Bila berbicara tentang kerjaya, saya masih lagi menjalani praktikum bagi melengkapkan lagi keperluan untuk memperolehi diploma pendidikan lepasan Ijazah... Termasuk minggu depan, tempoh praktikum sudah melangkah ke minggu 9, bermakna saya ada lebih kurang masa dalam 5 minggu lagi sebelum menamatkan praktikum di Sekolah Agama Tun Sakaran (SABK), Semporna. Agak menghairankan kerana saya masih belum pernah di 'observe' oleh pensyarah penyelia. Jiwa kacau juga kalau berterusan begini kerana apa yang dilaksanakan serba tidak kena.Sepanjang 9 minggu ini saya tidak mendapat bimbingan seperti guru-guru pelatih yang lain. Lebih-lebih lagi penulisan Rancangan Pengajaran hanya berbekalkan apa yang dipelajari di IPG.

Namun begitu, usaha tidak berkurang malah sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa. Semoga apa yang diusahakan ini membuahkan hasil yang baik dan cemerlang (jika ada peluang), insyaallah.... :)

Thursday, 4 June 2015

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
Berterusan kearah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketrampilan,berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara”


FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

Guru berpekerti mulia,berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,menjamin perkembangan individu dan memelihara sesuatu masyarakat yang bersepadu,demokratik,progresif dan berdisiplin.

Tuesday, 2 June 2015

Kuliah Teknologi Pengajaran..

07:00 - 10:00 malam..

Bilik Tutorial 13,
IPGM Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek Negeri Sembilan.

Kuliah yang sangat menarik dan penting untuk ku bawa balik ke kampung halaman untuk diaplikasikan... pengisian yang banyak manfaat nya... walaupun penat, tidak cukup tidur dan exam is just around the corner, ia tidak menghalang ku untuk terus menuntut ilmu di sini sebagai bekalan untuk mendidik anak bangsa... insyaallah..

Untuk puteri-puteri ku dan cinta hatiku, hanya sedikit masa lagi kita perlu berkorban... insyaallah akan mami gunakan sebaik-baiknya masa kita yang terkorban ini agar masa depan kamu terjamin pada masa akan datang.. :)

Mami Rindu Kamu....