Faktor-faktor Pembentukan Malaysia
- Mengelakkan ancaman dan pengaruh Komunis.
- Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
- Mengembangkan ekonomi.
- Pembelaan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
- Menjaga hak dan kepentingan kaum Bumiputera.
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
- Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk menerangkan dengan lebih teliti dan secara jelas akan konsep negara Malaysia kepada rakyat, khususnya rakyat Sabah, Sarawak dan Brunei.
- Oleh itu, Jawatankuasa tersebut mengambil langkah mengumpul dan membandingkan idea-idea berkaitan dengan struktur pembentukan Malaysia yang dikumpul.
- Penerangan secara lebih teliti dan diskusi berkaitan dengan struktur Malaysia juga dilakukan lebih kerap supaya rancangan untuk merealisasikan penubuhan Malaysia dapat dicepatkan.
Suruhanjaya Cobbold
- Dianggotai oleh Lord Cobbold, iaitu bekas Gabenor Bank England sebagai pemimpin, Anthony Abell dan David Waterson yang mewakili kerajaan British, sementara Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
- untuk mengumpul serta mengenal pasti pendapat rakyat Sabah dan Sarawak berkenaan pembentukan Malaysia.
Pengisytiharan Malaysia
- Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British , Persekutuan Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Singapura.
- Pada 31 Ogos 1963, satu persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia.
- Walau bagaimanapun,penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh terseebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963.
- Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
No comments:
Post a Comment